Anda mungkin mahu kelihatan sedikit langsing berbanding selalu
di majlis anda. Masih sempat lagi untuk anda berbuat sesuatu. Kami
kongsikan cara-caranya.
#1 Minum
Minum air mineral/tanpa
perisa dengan banyak. Banyak di sini sekurang-kurangnya 1.5L sehari.
Ramai yang gigih berdiet dan bersukan namun sering tidak mengamalkan
minum air mineral dengan banyak. Minum air mineral dengan cukup juga
baik untuk kulit anda. Jika anda tidak percaya, cubalah untuk seminggu
dua. Anda akan dapat lihat hasilnya.
Sumber: Ernestyosua.com
#2 Jaga makan
Ini
agak klise. Namun, memanglah ada kebenarannya. Jika anda mahu kurangkan
berat memanglah anda tidak boleh makan semua makanan yang anda mahu.
Tetapi, ini tidak bermakna anda tidak boleh makan langsung. 'Portion'
makanan amat penting. Jadikan gambar di bawah sebagai rujukan untuk
pengambilan bahagian makanan yang betul.
Dua tangan untuk sayur-sayuran.
Segenggam untuk karbohidrat (nasi/roti).
Setapak tangan untuk protein (daging merah/ayam/ikan).
Segenggam untuk buah-buahan
Satu hujung jari ibu untuk lemak (keju,peanut butter/mayonis).
Sumber: Manitoba Healthy Living
#3 Tidur cukup
Percaya
atau tidak, tidur yang cukup memainkan peranan penting juga. Menurut
para pengkaji di University of Washington Medicine Sleep Center,
Seattle, tidur yang cukup boleh melimitasikan kesan genetik terhadap
BMI, dan secara langsung, berat badan seseorang. Tidur yang dianggap
normal dan berksesan adalah 7 hingga 8.9 jam. (
Medical News Today)
Jadi, jika selama ini anda asyik berkata genetik adalah penyumbang
kepada berat badan atau bentuk tubuh anda yang kurang anda gemari, cuba
tidur dengan cukup. Bukan secara berlebihan atau kurang, hanya pada
kadar normal.
Sumber: Breaking Muscle
#4 Cheat Day
Jikalau
anda sudah bersungguh mengawal pemakanan anda selama dua minggu atau
lebih, tak salah sekiranya anda mahu memberikan sedikit ruang kelegaan
kepada diri anda. Kalau anda asyik tahan sahaja, tidak bagus juga. Ini
kerana, pada momen anda dapat peluang untuk makan makanan yang anda
gemari setelah sekian lama memendam rasa, anda mungkin akan mengambil
makanan tersebut dalam kuantiti yang lebih banyak daripada biasa
sekaligus, merosakkan perjalanan diet anda. Jadi, dua minggu sekali atau
sebulan sekali, tak salah sekiranya anda ada satu 'cheat day'. Cuma
anda haruslah berpada-pada dan jangan sambung 'cheat day' anda keesokkan
harinya.
Sumber: Wikipedia
#5 Berpeluh
Pastinya
anda ada anggota tubuh badan yang spesifik untuk lemaknya dikurangkan,
atau lebih langsing atau lebih sasa. Mana-mana pun, adalah penting untuk
rancang senaman anda. Ini kerana ada sesetengah gaya senaman tidak
bersesuaian dengan objektif anda. Jika anda mahukan kaki yang langsing,
banyakkan berjogging. Jika anda mahukan pinggul yang anjal, anda boleh
'squat' dan jika anda mahu kelihatan sasa, anda boleh melakukan banyak
senaman dada dan bahu. Ada banyak akaun di instagram yang anda boleh
'follow' untuk mendapatkan tips mahupun video senaman. Gunakan carian
hashtag yang bersesuaian. Memang agak payah mahu mula bersenam, namun,
apabila anda sudah berpenat lelah, anda dengan sendirinya akan menolak
untuk makan makanan yang boleh menambahkan lemak disekitar pinggang
anda.
Sumber: Health Fitness Revolution
Semoga anda berjaya mendapatkan bentuk tubuh badan yang anda inginkan sebelum hari perkahwinan anda.