Anda mungkin mahu kelihatan sedikit langsing berbanding selalu
di majlis anda. Masih sempat lagi untuk anda berbuat sesuatu. Kami
kongsikan cara-caranya.
#1 MinumMinum air mineral/tanpa perisa dengan banyak. Banyak di sini sekurang-kurangnya 1.5L sehari. Ramai yang gigih berdiet dan bersukan namun sering tidak mengamalkan minum air mineral dengan banyak. Minum air mineral dengan cukup juga baik untuk kulit anda. Jika anda tidak percaya, cubalah untuk seminggu dua. Anda akan dapat lihat hasilnya.
Sumber: Ernestyosua.com
#2 Jaga makanIni agak klise. Namun, memanglah ada kebenarannya. Jika anda mahu kurangkan berat memanglah anda tidak boleh makan semua makanan yang anda mahu. Tetapi, ini tidak bermakna anda tidak boleh makan langsung. 'Portion' makanan amat penting. Jadikan gambar di bawah sebagai rujukan untuk pengambilan bahagian makanan yang betul.
Dua tangan untuk sayur-sayuran.
Segenggam untuk karbohidrat (nasi/roti).
Setapak tangan untuk protein (daging merah/ayam/ikan).
Segenggam untuk buah-buahan
Satu hujung jari ibu untuk lemak (keju,peanut butter/mayonis).
Sumber: Manitoba Healthy Living
#3 Tidur cukupPercaya atau tidak, tidur yang cukup memainkan peranan penting juga. Menurut para pengkaji di University of Washington Medicine Sleep Center, Seattle, tidur yang cukup boleh melimitasikan kesan genetik terhadap BMI, dan secara langsung, berat badan seseorang. Tidur yang dianggap normal dan berksesan adalah 7 hingga 8.9 jam. (Medical News Today) Jadi, jika selama ini anda asyik berkata genetik adalah penyumbang kepada berat badan atau bentuk tubuh anda yang kurang anda gemari, cuba tidur dengan cukup. Bukan secara berlebihan atau kurang, hanya pada kadar normal.
Sumber: Breaking Muscle
#4 Cheat DayJikalau anda sudah bersungguh mengawal pemakanan anda selama dua minggu atau lebih, tak salah sekiranya anda mahu memberikan sedikit ruang kelegaan kepada diri anda. Kalau anda asyik tahan sahaja, tidak bagus juga. Ini kerana, pada momen anda dapat peluang untuk makan makanan yang anda gemari setelah sekian lama memendam rasa, anda mungkin akan mengambil makanan tersebut dalam kuantiti yang lebih banyak daripada biasa sekaligus, merosakkan perjalanan diet anda. Jadi, dua minggu sekali atau sebulan sekali, tak salah sekiranya anda ada satu 'cheat day'. Cuma anda haruslah berpada-pada dan jangan sambung 'cheat day' anda keesokkan harinya.
Sumber: Wikipedia
#5 BerpeluhPastinya anda ada anggota tubuh badan yang spesifik untuk lemaknya dikurangkan, atau lebih langsing atau lebih sasa. Mana-mana pun, adalah penting untuk rancang senaman anda. Ini kerana ada sesetengah gaya senaman tidak bersesuaian dengan objektif anda. Jika anda mahukan kaki yang langsing, banyakkan berjogging. Jika anda mahukan pinggul yang anjal, anda boleh 'squat' dan jika anda mahu kelihatan sasa, anda boleh melakukan banyak senaman dada dan bahu. Ada banyak akaun di instagram yang anda boleh 'follow' untuk mendapatkan tips mahupun video senaman. Gunakan carian hashtag yang bersesuaian. Memang agak payah mahu mula bersenam, namun, apabila anda sudah berpenat lelah, anda dengan sendirinya akan menolak untuk makan makanan yang boleh menambahkan lemak disekitar pinggang anda.
Sumber: Health Fitness Revolution
Semoga anda berjaya mendapatkan bentuk tubuh badan yang anda inginkan sebelum hari perkahwinan anda.
No comments:
Post a Comment