Monday 6 April 2015

10 Idea Hadiah untuk Pasangan Pengantin

Anda sedang berfikir tentang hadiah yang sesuai untuk kawan anda yang bakal berkahwin? Kami sediakan 10 idea untuk anda.
#1: Set kutleri
Foto: stellarcookware.co.uk
Jika selalunya tetamu beri pinggan mangkuk, anda beri set kutleri pula.
#2: Buku resipi
Foto: jamieoliver.com
Sesuai untuk rakan anda yang baru hendak belajar memasak.
#3: Mug Superhero
Foto: thatsnerdalicious.com
Kawan anda peminat Batman/Superman/Wonder Woman/lain-lain? Hadiahkan rakan anda sepasang mug untuknya dan pasangan.
#4: 'Baju Couple'
Foto: amazon.com
Baju couple yang dimaksudkan bukanlah baju T couple seperti dipakai pasangan remaja zaman sekarang. Jika bajet anda banyak, beli kemeja yang ada versi perempuan dan lelaki, jika tiada bajet, memadailah dengan 'Statement t-shirt' yang ada tertera 'Just Married' atau 'Wifey/Hubby'.
#5: Kad baucar Tesco/AEON BiG/mana-mana pasar raya
Foto: aeonbig.com.my
Tentunya pasangan yang baru berkahwin ada senarai barangan runcit yang panjang untuk melengkapkan dapur baru mereka. Berikan mereka baucar pasar raya untuk meringankan beban di bahu mereka.
#6: Sepasang tiket untuk apa-apa
Foto: pinterest.com
Belanja rakan anda dan pasangannya untuk menikmati apa-apa yang menyeronokkan mereka bersama-sama. Daripada aktiviti mewah (water hoverboarding misalnya) hinggalah aktiviti yang agak biasa (tiket wayang).
#7: Set DVD/Blu-Ray
Foto: classicmoviestore.co.uk
Pasangan pengantin baru memang jarang keluar rumah. Jika rakan anda peminat setia mana-mana rancangan bersiri, belikannya set DVD/Blu-Ray untuk rakan anda tonton bersama pasangannya.
#8: Rice Cooker
Foto: Philips Malaysia
Anda tidak perlu beli yang besar pun. Cukuplah sekadar sebesar 1.2 liter. Lagipun, rakan anda sekarang baru berdua.
#9: Onesies
Foto: Pinterest
Tentunya comel jika rakan anda dan pasangannya memakai set onesies yang sepadan.

#10: Duit

Foto: Pinterest
Ya, duit. Pasangan baru berkahwin memang mengalu-alukan hadiah berbentuk wang.
. . . . . . . . . .

No comments:

Post a Comment